BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

 

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti,
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak

Tingkat Bawah, Bangunan Baitul Makmur,
93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak

      KWKPK QR CODE
 
082-449140 082-444331
Jumlah Pelawat
859781
Kemaskini Pada: 18 Okt 2018
Versi 8.1.2
Latar Belakang dan Sejarah Penubuhan KementerianLatar Belakang dan Sejarah Penubuhan Kementerian

Kementerian Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga (KKWPK) secara rasminya telah ditubuhkan pada 30 Oktober 2011 berikutan dengan penstrukturan semula dan rombakan baru Kabinet Negeri Sarawak pada 28 September 2011. KKWPK mula beroperasi pada bulan Januari 2012 bertempat di tingkat 5, Bangunan Baitul Makmur sebelum berpindah ke pejabat tetapnya di tingkat bawah di bangunan yang sama pada bulan April 2013.

Pada bulan Mei 2016, setelah pilihan raya DUN Sarawak 2016 Ke-11, Kerajaan Negeri Sarawak membuat penstrukturan semula organisasi pentadbirannya. Ia telah menyaksikan satu perubahan baru kepada Kementerian ini apabila namanya telah ditukar kepada Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti (KKWKK).

Menerusi perlantikan Ketua Menteri Sarawak baharu yang Ke-6, Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg,  Kerajaan Negeri Sarawak sekali lagi telah melakukan penstrukturan semula dan rombakan terhadap Kabinet Negeri Sarawak yang turut melibatkan Kementerian ini.  Berikutan dengan itu juga, pada bulan Mei 2017 melalui  warta yang dikeluarkan pada  bertarikh 22.5.2017 rujukan Vol. LXXII, Kementerian ini diberi nama yang baharu iaitu Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK).

Justeru itu, peranan dan fungsi KWKPK juga turut bertambah dan berubah terutama dalam pengendalian isu-isu sosial semasa di samping tanggungjawab yang baharu berhubung dengan kanak-kanak, iaitu anjakan daripada agenda pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education) kepada agenda pembangunan kanak-kanak (childhood development).  Begitu juga dengan berperanan sebelum ini selaku watching brief  kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS), namun KWKPK kini telah diberi tanggungjawab yang baharu meliputi isu-isu berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan, perceraian dan keganasan rumahtangga; pendaftaran kelahiran dan kematian; banci; rumah-rumah kebajikan di bawah undang-undang Persekutuan; Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Sarawak Chapter); Program Latihan Khidmat Negara; dan program pemulihan ketagihan dadah (PEMADAM).

Secara amnya, KWKPK ditubuhkan bertujuan:

  1. Memberi pengiktirafan kepada kaum wanita di negeri ini;
  2. Menambah baik program pensejahteraan rakyat melalui penginsanan perkhidmatan kebajikan, pengupayaan dan pemerkasaan wanita, pengukuhan institusi keluarga, pemantapan pembangunan  kanak-kanak, pembangunan jati diri dan meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah; dan
  3. Mengendalikan isu-isu sosial semasa melalui kajian dan aktiviti-aktiviti pembangunan sosial.

KWKPK mempunyai 4 bahagian utama iaitu:

  • Bahagian Kesejahteraan Komuniti
  • Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak
  • Bahagian Pembangunan Projek dan Program
  • Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pentadbiran

Di bawah Kementerian ini, terdapat dua (2) Jabatan yang berfungsi sebagai pelaksana bagi semua program yang melibatkan Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti. Dua jabatan tersebut adalah:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS); dan
  • Jawatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) yang sebelum ini dikenali dengan Biro Wanita.

KWKPK kini diterajui oleh seorang Setiausaha Tetap dan masing-masing mempunyai Pengarah di JKMS dan JWKS.

Menteri yang bertanggungjawabnya pula adalah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komunit, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak dan dibantu oleh dua Menteri Muda iaitu Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti dan Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak.